Karaoke PlayerKaraoke Player
App karaoke Android & Windows · Android 1.5.71 · Windows 1.5.89

App karaoke
untuk TV box, phone & PC

Cari lagu karaoke Melayu, Inggeris, Cina, Tamil dan Indonesia dengan lirik, susun giliran penyanyi, tukar key ikut suara anda, dan nyanyi offline tanpa internet. Ada AI buang vokal untuk lagu yang tiada versi karaoke - jadi karaoke tanpa vokal dari mana-mana lagu. Satu APK untuk phone, Android TV box dan skrin kereta Android, dan app Windows untuk PC.

Android 6.0+Android TV boxKeretaWindows 10 / 11Percuma 30 hari

Skrin app dalam Bahasa Inggeris; lagu dalam apa-apa bahasa.

App karaoke skrin penuh di TV, dengan lagu seterusnya di atas
Karaoke Player phone remote
Ciri-ciri

Semua yang malam karaoke perlukan

AI buang vokal

Buang vokal dalam lagu dengan model AI (seperti UVR5) - muzik kekal jelas, bass dan stereo. Simpan hasilnya sebagai MP4, MP3 atau WAV.

Tukar key & kesan key lagu

Lagu tinggi sangat? Turunkan key tanpa ubah tempo. App mengesan key asal lagu, contohnya A minor, dan tunjuk key baharu.

Karaoke offline

Download lagu untuk nyanyi tanpa internet - dalam kereta, di kampung, di mana-mana. Simpan juga sebagai MP3 320 kbps atau WAV.

Phone jadi remote

Imbas kod QR dan tetamu boleh cari dan request lagu dari phone sendiri. Nama penyanyi tertera pada setiap lagu.

Sound effect & 8D

Wide Stereo, 3D Surround, 8D Moving dan Live Hall - muzik terasa bergerak dan hidup. Ada juga Warm, Sparkle dan Sub Booster.

Equalizer 7-31 jalur

Pilih 7, 10, 16, 20 atau 31 jalur mengikut sistem anda, preset Vocal Clarity, Dangdut, Ballad, Rock dan lain-lain, auto volume untuk setiap lagu, dan meter bunyi 14 gaya.

Dibina untuk Android TV box

Guna remote TV: navigasi D-pad, butang media, dan butang warna untuk sound effect seperti tepukan dan airhorn.

App karaoke PC

Untuk bilik karaoke atau PC di ruang tamu. Unzip dan terus jalan, tanpa installer. Guna kad grafik untuk AI buang vokal.

18 skin

Neon, Synthwave, Daylight, Glass dan Wallpaper dengan gambar anda sendiri.

Skrin sebenar

Lihat sendiri

App karaoke skrin penuh di TV, dengan lagu seterusnya di atas
App karaoke skrin penuh di TV, dengan lagu seterusnya di atas
AI buang vokal sedang berjalan di phone Android
AI buang vokal sedang berjalan di phone Android
Lagu karaoke dengan lirik dan key lagu di phone
Lagu karaoke dengan lirik dan key lagu di phone
Cari lagu karaoke di app karaoke PC Windows
Cari lagu karaoke di app karaoke PC Windows
Cara pasang

Siap dalam beberapa minit

  1. Tekan Download APK di phone atau Android TV box anda (untuk PC, download versi Windows dan unzip).
  2. Buka fail itu dan benarkan pemasangan dari sumber ini apabila Android bertanya.
  3. Buka Karaoke Player, tekan Start 30-day free trial, dan mula menyanyi.
Harga

Percuma 30 hari, kemudian RM4.99 seminggu

Mesej WhatsApp sahaja, tiada panggilan.

Tool percuma untuk WindowsFREE

Audio Balance Analyzer

Lihat sama ada bunyi anda seimbang antara LOW, MID dan HIGH, secara masa nyata. Ia mengukur apa sahaja yang dimainkan di PC, mikrofon atau line-in, membandingkannya dengan reference curve yang perfect, dan memberitahu julat mana yang terlalu kuat atau kurang — berserta cadangan EQ 31-band untuk membetulkannya. Sesuai untuk set sistem karaoke, speaker, mixer atau mixing lagu.

  • Analyzer 1/3 oktaf masa nyata dengan Reference Curve (PERFECT) dan toleransi ±1.5 / ±3 dB
  • Nilai dB LOW / MID / HIGH, skor balance /100 dan keputusan PERFECT / PERLU DIBAIKI
  • Reference Track: muat naik seberapa banyak lagu WAV sebagai rujukan, namakan sesuka hati, dan curve serta skor ikut track yang dipilih
  • Diagnosis dan cara baiki: frekuensi mana perlu dipotong atau dinaikkan, resonans, clipping, phase stereo
  • Meter channel L / R, balance stereo dan korelasi phase
  • Export EQ terus ke Karaoke Player: satu fail, dan equalizer Karaoke Player (7, 10, 16, 20 atau 31 jalur) diset supaya sepadan dengan reference
  • Mod Streaming untuk TikTok / YouTube Live: rantaian live memotong sub di bawah ~25 Hz, jadi hanya ukuran 20-25 Hz dikecualikan - 16 kHz dan 20 kHz masih dikira dan masih dicadangkan
  • Auto Gain: isyarat masuk pada paras apa pun dibawa ke −18 dBFS sebelum diukur, dan cadangan beritahu berapa dB nak ubah sumber supaya gain staging tepat
  • Pilih peranti untuk dianalisis: bunyi sistem (loopback), mikrofon, line-in, soundcard USB — atau buka fail lagu
  • Bahasa Melayu / English
Muat turun percuma (Windows, 62 MB)

Windows 10 / 11 · satu fail .exe, tiada pemasangan, tiada lesen. Kerana fail ini baharu, Windows mungkin memaparkan “Windows protected your PC”: klik More info → Run anyway. · v1.3.13

Audio Balance Analyzer — percuma untuk Windows
Baharu untuk WindowsBETA

DNA Expert Digital Mixer

Mixer live profesional untuk karaoke, majlis, ibadah dan streaming - dengan plugin siap terbina.

  • Konsol mixer digital penuh di PC: channel, bus aux dan group, master stereo, scene dengan fade, undo / redo
  • ASIO dan audio Windows, banyak output peranti bagi setiap channel, dan input terus dari mana-mana aplikasi (cth. Karaoke Player) tanpa kabel maya
  • Plugin VST3 dan 34 plugin DNA terbina: Vocal Chain, Mic Mod (mic anda berbunyi seperti mic studio mahal), Gain Staging Tools, Headphone Calibration (6,000+ model), EQ, kompresor, de-esser, reverb, delay, pitch corrector, harmonizer, feedback killer, denoise dan lain-lain
  • Pengesan key & tempo dipaparkan di bar atas; pitch corrector ikut key lagu secara automatik
  • Graphic EQ 31 boleh import EQ yang anda buat dalam Audio Balance Analyzer
  • Rakam master atau mana-mana channel, dengan rakaman retrospektif (pilihan)
  • Pemetaan pengawal MIDI dan papan kekunci untuk setiap butang, fader dan knob
  • Semak kemas kini terbina; Bahasa Melayu / English
Muat turun (Windows, 5 MB)

Windows 10 / 11 · unzip dan jalankan, tiada pemasangan. Jika Windows memaparkan “Windows protected your PC”: klik More info → Run anyway. · v0.9.6

DNA Expert Digital Mixer
Plugin VST3 percumaVST3

DNA Expert Graphic EQ 31

EQ grafik 31 jalur dari DNA Expert Digital Mixer, kini untuk mana-mana DAW - Cubase, FL Studio, Reaper, Studio One dan lain-lain - dengan rupa unit rak sebenar.

  • 31 jalur, 1/3 oktaf, ±24 dB dalam langkah 0.1 dB - klik dua kali pada nilai untuk taip
  • IMPORT .kpeq: muat EQ yang anda buat dalam Audio Balance Analyzer
  • 14 preset + simpan / padam preset sendiri; skrin respons, LED setiap jalur, meter IN / OUT, HPF 40 Hz, bypass
  • Setiap kawalan boleh diautomasi; stereo atau mono; tiada latency
Muat turun VST3 (Windows 64-bit, 4 MB)

Unzip dan salin folder “DNA Expert Graphic EQ 31.vst3” ke C:\Program Files\Common Files\VST3, kemudian scan semula plugin dalam DAW anda. · v1.0.7

DNA Expert Graphic EQ 31 VST3
FAQ

Soalan lazim

Adakah ini app karaoke offline?

Ya. Lagu yang dimuat turun atau diimport boleh dimainkan tanpa internet. Carian dan lagu online memerlukan internet.

Boleh buang vokal dalam lagu?

Boleh. Butang Remove Vocal menggunakan AI untuk membuang vokal dari keseluruhan lagu dan menghasilkan karaoke tanpa vokal. Vocal Cut pula serta-merta untuk lagu biasa.

Boleh guna di Android TV box?

Boleh. Satu APK untuk phone, tablet, Android TV box dan skrin kereta Android 6.0 ke atas, dan ada app untuk PC Windows 10 / 11.

Adakah app ini dalam Bahasa Melayu?

Skrin app dalam Bahasa Inggeris yang mudah. Lagu boleh dalam apa-apa bahasa - Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, Indonesia dan lain-lain.

Berapa harganya?

Percuma 30 hari. Selepas itu RM4.99 untuk 7 hari bagi satu peranti.

Maklumat penuh (English) →